Tahun ini nampaknya tahun bertuah untuk semua peminat pop muzik sekitar tahun 2000-2008. Sebelum ini, Pussycat Dolls, Lady Gaga masing-masing telah membuat comeback dengan single terbaru. Dan Rihanna juga baru saja tampil dengan lagu terbaru (walaupun hanya featuring saja lol). Tetapi ada seorang lagi bintang pop yang tak disangka akan membuat comeback dalam dunia muzik iaitu Lindsay Lohan.
Melalui Twitter dan Instagram, Lindsay mengumumkan bahawa muzik barunya akan tiba tak lama lagi dengan berkata “I’m back!” dengan snippet projek terbarunya selama 30 saat. Lindsay masih belum memberitahu apakah tajuk album terbarunya. Dan jika kamu lupa, ini adalah album terbaru Lindsay setelah hampir 12 tahun menyepi dari dunia muzik!
I'm back! ?
https://t.co/xQCrvZsVJR pic.twitter.com/DKQ4tzCAUR— Lindsay Lohan (@lindsaylohan) March 31, 2020
Kali terakhir Lindsay mengeluarkan album adalah pada tahun 2005, hampir 15 tahun lalu! Album debutnya adalah pada tahun 2004, Speak…
Untuk album terbaru ini, Lindsay dilaporkan bakal bekerjasama dengan labelnya sebelum ini iaitu Casablanca Records. Pada bulan Januari lepas, seorang peminat menulis di Instagram, “Hope we get LL3 this year!” dan Lindsay membalas, “End of Feb!”. Ya, sekarang sudah bulan April dan kita masih belum mendapat album tersebut tetapi seperti yang Lindsay katakan, it’s on the way!