Peningkatan kadar jangkitan Covid-19 nyata memberi kesan terhadap penduduk Korea Selatan termasuk ahli kumpulan Blackpink, Lisa.
Dua hari lalu, agensi pengurusan YG Entertainment mengumumkan dalam satu kenyataan rasmi bahawa Lisa dijangkiti coronavirus setelah melalui satu ujian calitan.
Tiga lagi ahli Blackpink iaitu Jennie, Jisoo dan Rose bagaimanapun disahkan negatif malah mereka tidak diklasifikasikan sebagai kontak rapat penyanyi kelahiran Thailand itu.