Selain keempat-empat ahli, kesemua kakitangan produksi, pengawal keselamatan dan kenalan kumpulan itu diminta menjalani ujian calitan tetapi disahkan negatif, menurut YG Entertainment.
“Kami berkongsi maklumat ini dengan segera bersama kakitangan dan pihak berkaitan. Kami mengambil langkah pencegahan yang proaktif lebih daripada panduan yang diberikan oleh pihak kesihatan.
“Justeru kami akan terus memberi sokongan terhadap mereka yang terlibat memandangkan kesihatan artis dan kakitangan syarikat sentiasa menjadi keutamaan. Kami akan memaklumkan sekiraya terdapat sebarang perubahan maklumat pada masa akan datang.”