YG Entertainment turut menegaskan bahawa kesemua ahli Blackpink telah pun menerima suntikan vaksinasi Covid-19 sebelum ini.
Lisa tidak memaklumkan berita tersebut atau memuat naik perkembangan dirinya buat tatapan 67.8 juta pengikutnya di Instagram. Namun menurut agensi, dia berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom.
Penyanyi berusia 24 tahun itu baru sahaja melancarkan lagu dan video solo pertamanya berjudul Lalisa pada 10 September lalu.