Guinness World Records secara bangganya mengiktirafkan pencapaian Lisa BLACKPINK yang berjaya merangkul 3 gelaran rekod baharu sebagai artis solo.
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal, antara artis K-Pop Solo yang paling menonjol dan berjaya menempah kemasyhuran di pentas global. Debut solo pertamanya bertajuk; “LALISA” yang dilancarkan pada September 2021 lalu secara rasminya memecah rekod untuk Tontonan Paling Tinggi video muzik YouTube sebagai artis solo dalam masa 24 jam selepas mencapai striming tontonan 73.6 juta dalam masa 1 hari!
Gelaran Guinness World Records baharunya termasuk pemenang K-pop solo Pertama di Anugerah Muzik Video MTV (VMA) 2022 untuk video K-pop Terbaik dan pemenang K-pop solo pertama di Anugerah Muzik Eropah MTV (EMA) 2022 untuk K-Pop Terbaik. Selain itu pada EMA 2022, BLACKPINK juga memenangi Persembahan Metaverse Terbaik dengan “Ready For Love”, memperoleh gelaran Rekod Dunia Guinness kumpulan sebagai pemenang pertama kategori ini.
Gelaran rekod baharu Lisa yang ketiga ini adalah sebab raih daripada kebanyakan pengikut Instagramnya sejak bergerak Solo dari kumpulannya BLACKPINK. Sehingga 19 Januari 2023, Lisa mempunyai 86.3 juta pengikut, dan jumlah itu telah meningkat kepada 87 juta pada 26 Januari lalu, yang menjadikan akaun Instagramnya menduduki tangga ke-38, akaun paling banyak diikuti di platform Instagram.
Bukan sahaja Lisa, malah kumpulan BLACKPINK turut meraih tiga gelaran Guinness World Records iaitu sebagai kumpulan video paling banyak pelanggan strimming di YouTube, kumpulan K-pop pertama yang mencapai No. 1 di Carta Album UK (Perempuan), dan kumpulan K-pop pertama untuk mencapai No. 1 pada Carta Album A.S. (Perempuan).
Pencapain yang tidak henti, awal minggu ini, Lisa memperoleh pencalonan Premio Lo Nuestro solo untuk “SG”, kerjasamanya dengan DJ Snake, Megan Thee Stallion dan Ozuna. Turut sama, BLACKPINK menjadi artis kumpulan K-pop wanita pertama yang menerima pencalonan BRIT untuk Kumpulan Antarabangsa Terbaik.
Artikel berkaitan: Video Muzik Lisa Blackpink Raih 100 Juta Tontonan Dalam Masa 49 Jam