Penyanyi popular, Lisa dilihat terus melakar sejarah dengan album solo pertamanya.
Menurut kemas kini terkini, album Lisa berjudul Lalisa telah distrim sebanyak 573 juta kali di Spotify, menjadikannya album bintang K-Pop paling banyak distrim dalam sejarah platform penstriman muzik global itu.
Pencapaian yang diraih penyanyi kelahiran Thailand itu memecah rekod yang sebelum ini dipegang oleh kumpulannya sendiri, Blackpink menerusi album sulung mereka berjudul Square One.
