Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Liyana Jasmay
Liyana Jasmay selamat melahirkan anak kedua pada 22 Januari lalu di Pusat Perubatan Prince Court. Terkini, Liyana dilihat memuat naik sekeping gambar puteri keduanya yang baru sahaja berusia satu minggu.
Pelakon popular ini menerusi laman Instagramnya mengenalkan bayi keduanya itu kepada umum. Puteri kedua pasangan Liyana dan suami dinamakan Selena binti Mohd. Fathuddin.
Selena dilahirkan secara normal dengan berat 2.92 kilogram ketika itu. Melalui kapsyen yang tertulis selepas memuat naik sekeping gambar Selena, Liyana turut mengucapkan rasa bersyukur dan terima kasih pada keluarga, rakan-rakan dan peminatnya yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
A photo posted by liyanajasmay (@liyanajasmay) on
EH! mengucapkan tahniah kepada Liyana dan suami. Semoga kehadiran puteri kedua ini memberikan lebih ketenangan dan keharmonian dalam keluarga.