Dengan berjuta peminat di seluruh dunia, Coldplay akan hadir menggegarkan Malaysia buat pertama kali sempena jelajah dunia ‘Music of The Spheres’
Lebih 25 tahun sebagai sebuah kumpulan Rock, Coldplay telah mengukuhkan diri mereka sebagai salah satu persembahan langsung terbaik dalam muzik. Setiap lokasi yang mereka pergi, pasti akan laku dengan pantas membuktikan betapa ramainya peminat kumpulan ini.
Mereka telah membuat persembahan di semua jenis pentas sepanjang kerjaya mereka, tetapi apa yang membuatkan mereka gembira ialah apabila ramai hadir memberi sokongan kepada mereka. Mari lihat 5 lokasi konsert Coldplay paling ramai penonton pernah hadir!
1. Croke Park, Ireland 2017
Konsert Coldplay di Croke Park ialah lokasi yang dihadiri paling ramai peminat, seramai 80,398 orang. Penyanyi kumpulan itu, Chris Martin memberi penghormatan kepada Ireland sebagai negara yang hebat kerana cara mereka melayan orang dengan baik.
Walaupun musim panas pada waktu itu, Chris masih bersemangat -lompat di atas pentas dan orang ramai menyanyikan setiap lagu dimainkannya. Untuk membuat persembahan menjadi istimewa, setiap penonton diberikan Xyloband yang menyala pada saat-saat istimewa semasa persembahan dan apabila lagu ‘Yellow’ kegemaran ramai dimainkan, ia bertukar menjadi warna emas.
2. Stade de France, Paris 2022
Coldplay sudah mengenali Stade de France dengan baik, telah membuat persembahan di sana sebanyak dua kali, pada 2012 dan pada 2017. Pada tahun 2022 seramai 79,582 peminat menghadiri konsert Coldplay.
Selepas menyanyikan lagu “Sparks” Chris mengenang konsert pertama mereka yang tiada sesiapa hadir pada Mei 2000, di La Maroquinerie, Paris. Dia juga teringat apabila seorang wartawan berkata bahawa kumpulan mereka terlalu tertekan dan tidak akan berjaya. Tetapi Chris berterima kasih kerana disebabkan itu, lihatlah betapa berjayanya mereka dalam industri nyanyian ini.
3. Stadium Wembley, London, United Kingdom 2022
Jelajah Dunia Music Of The Spheres ialah jelajah global pertama mereka sejak 2017. Seramai 77,473 peminat yang hadir untuk melihat kumpulan kegemaran mereka secara langsung. Banyak perkara sudah berubah, tetapi Xylobands masih diberikan kepada setiap penonton. Tetapi apa yang lainnya, Xylobands baru ini boleh dikitar semula.
Pada tahun 2019, kumpulan itu komited untuk menjadikan konsert kali ini, sebagai memberi faedah terhadap alam sekitar iaitu satu pokok akan ditanam bagi setiap tiket yang dijual bersama One Tree Planted.
4. Stadium Morumbi, Sao Paulo, Brazil 2023
Konsert jelajah dunia Coldplay tidak salah memilih tempat iaitu di Estádio Do Morumbi pada bulan Mac 2023 kerana seramai 73,275 peminat hadir ke konsert itu. Memeriahkan lagi, Coldplay membawa tetamu undangan iaitu Seu Jorge, penyanyi lagenda Brazil. Peminat juga diberi gelang tangan Xylobands untuk mencipta kenangan yang menakjubkan.
5. Stadium Olympic, Berlin Germany 2022
Coldplay menyampaikan konsert mereka dengan penonton seramai 72,178 orang. Penyenaraian lagu merupakan gabungan antara lagu terbaik lama dan baharu. Juga, persembahan itu dilakukan lebih menarik berbanding dahulu. Bunga api dimainkan serta kofenti bagi memeriahkan lagi konsert.
Baca: 11 Konsert Artis Antarabangsa Bakal Berlangsung di Kuala Lumpur