MENURUT TOM HIDDLESTON, KARAKTERNYA MUNGKIN AKAN TERUS MENCARI SYLVIE
Dalam penghujung episod terakhir, Loki dan Sylvie (Sophia Di Martino) akhirnya sampai ke Citadel di End of Time dan bertemu He Who Remains (Jonathan Majors).
Selepas mengucup Loki, Sylvie menghantarnya ke ibu pejabat Time Variance Authority — yang rupanya adalah daripada garis masa lain, di mana Agent Mobius (Owen Wilson) dan Hunter B-15 (Wunmi Mosaku) tidak mengenalinya.
Tanpa sebarang halangan, Sylvie membunuh He Who Remains dan membebaskan Multiverse.
“Saya tidak rasa dia (Loki) akan berhenti mencari Sylvie. Dia rasakan ini adalah satu kesilapan yang dia telah buat, dan dia berikrar untuk memperbetulkannya,” kata Tom kepada Empire Magazine.