Bagaimanapun September lalu dia tampil mendedahkan kebenaran di sebalik transformasi wajahnya dalam satu temu bual bersama majalah Men’s Health.
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, dia tergelincir ketika berlari memakai stoking di kediamannya, menyebabkan dagunya terhentak pada air pancut yang diperbuat daripada granit.
Bintang High School Musical itu menambah, selepas menjalani pembedahan, otot-otot masseter di bahagian dalam muka dan rahangnya mengembang untuk mengimbangi kecederaan yang dialami, membuatkan wajahnya membengkak.
Baca: Zac Efron Akhirnya Perjelas Isu Pembedahan Plastik Yang Tular Tahun Lalu