Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Sumber Google
Biarpun sesi pembikinan filem romantik lakonan Farid Kamil dan Nadiya Nisaa sudah lama dibuat 3 tahun lalu, tetapi filem ini masih boleh mendapat sambutan hangat daripada penonton khususnya peminat Farid Kamil dan aktres genit, Nadiya Nisaa.
“Surprisingly, walaupun kita dah shoot filem ini lebih awal tetapi bila kita tayangkan sekarang ini, semua orang still boleh relate to it. Sebab filem ini sebenarnya memang back to memory lama, zaman kita bersekolah dahulu. Agak terkejut yang kami masih dapat feedback yang baik dan berharap mendapat keuntungan yang banyak juga dari filem ini.” ujar Nadiya Nisaa ketika ditemubual di majlis Most GLAM 2015.
Tambahnya lagi, mungkin sekarang ini saingannya agak hebat iaitu ketika filem Polis EVO yang juga sedang hangat dan menajdi filem top masa kini. “Sekarang Love, Supermoon sedang bersaing dengan Polis EVO. So it’s kinda hard. Tetapi we are still being positive. Dan sekarang ini juga kita masih mempromosikan lagi filem ini. But so far yang penting, kita dapat good feedback from the audience yang dah tengok.”
Ketika ditanya bagaimana Nadiya membawa watak sebagai seorang budak sekolah yang sukar untuk mencapai segala keinginannya, Nadiya menjawab “Watak yang saya bawa ini, seakan seorang budak perempuan yang tidak pernah perfect. So dia ada flaws, dia ada impian tetapi tidak tercapai impiannya, dia nak bercinta tetapi juga tidak tercapai cintanya. Because the story is very dialogue driven, so I have to really memorize the dialogue, tak boleh ad lib or anything, comic timing kena betul perfect and at the same time we are working with a women director yang tentunya punya expectation yang tinggi. Tetapi itulah cabaran yang kita kena lalui. However, as I remembered mostly all of the team beri sepenuh komitmen sepanjang penggambaran. Sebab sewaktu penggambaran itu, saya masih baru dalam industri perfileman ini manakala yang lain sudah mempunyai pengalaman yang banyak dalam dunia lakonan. So far, Alhamdullilah.”