Bintang Korea Selatan yang semakin mencipta nama, Park Seo Jun dilantik sebagai duta SK magic untuk tahun 2021, dengan slogan baharu ‘Goodbye Old, Hello Magic’.
Jenama kelengkapan rumah premium pilihan pengguna, SK magic telah menamakan bintang Korea Selatan yang semakin meningkat naik, Park Seo Jun selaku duta wakilan baharu mereka untuk tahun 2021. SK magic turut memperkenalkan slogan baharu iaitu ‘Goodbye Old, Hello Magic’ yang membiaskan komitmen jenama mereka untuk menjadi teman gaya hidup yang lebih hebat.
Popular melalui drama televisyen seperti Kill Me, Heal Me, What’s Wrong with Secretary Kim dan Itaewon Class, Park Seo Jun juga terkenal dengan membintangi beberapa filem seperti Midnight Runners, The Devine Fury dan Parasite. Pelakon berusia 32 tahun itu mempunyai karisma yang penuh magid dalam memenangi hati peminat. Perlantikan Park Seo Jun juga selaras dengan kepercayaannya yang mahu menjadikan kegembiraan sebagai keutamaan dalam kehidupan. Bersama, visi SK magic 2021 untuk memberikan kegembiraan dalam kedhiupan harian buat setiap pengguna.
“Sebagai seorang artis, saya sangat mementingkan kualiti. Kualiti kerja mahupun jenama yang saya memilih untuk bekerjasama. Saya cukup terujaa dapat mewakili jenama dari negara saya ke peringkat antarabangsa. Saya tidak sabar untuk berkongsi misi SK magic untuk memberikan kegembiraan dalam kehidupan harian rakyat Malaysia dengan mencuba produk terbaharu yang berteknologi tinggi,” kata Park Seo Jun.
Tahun ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk mencuba sendiri barisan produk peralatan rumah baharu yang berteknologi tinggi terus dari Korea Selatan. Bermula dengan sistem JIKSOO yang merupakan memberikan air yang bersih dan segar melalui sistem bebas tangki dengan saluran keluli tahan karat, system tapisan nano dan pensterilan UV automatik untuk membasmikan bakteria. Inovasi dan penyelidikan antara inisiatif SK magic untuk memberikan kegembiraan melalui produk terbaharu mereka.
“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Park Se Jun dalam memberika inspirasi buat rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup berkualiti. Selaku jenama premium pilihan pengguna Malaysia, kami terjua untuk membawakan water purifier dan air purifier dengan terknologi dan inovasi terkini terus dari Korea Selatan,” menurut Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Kim Kyung Won.
Bulan Mac 2021 ini, SK magic akan melancarkan stor terbaharu mereka di pusat beli belah Mid Valley, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau ikuti mereka di Instagram dan Facebook.
Baca lebih lanjut: 3 Trik Rahsia iPhone Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Foto: SK magic Malaysia