Selain Haris, Neelofa juga tidak ketinggalan berkongsi nama putera mereka di Instagram Story berserta emoji hati. “Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris,” tulisnya.
Pilihan nama cahaya mata pasangan ini ternyata mempunyai makna istimewa. Umum mengetahui ‘Muhammad’ adalah nama Nabi kita yang membawa maksud ‘yang terpuji’ dalam bahasa Arab.
Bilal pula bermaksud ‘air’, ‘bulan purnama’, ‘kemenangan’, dan ‘pemenang’, juga nama sahabat Nabi Muhammad SAW yang merupakan muazin pertama dalam sejarah Islam, Bilal Ibn Rabah.
Foto: Instagram
Baca: Neelofa Berkongsi Persiapan Menyambut Kelahiran Cahaya Mata Sulung