Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Marsha Milan
Dengan tersebarnya gambar kad jemputan perkahwinan dengan nama Marsha Milan yang tertera di atas kad berkenaan, penyanyi dan pelakon popular ini akui yang dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Gambar: Instagram Nad Zainal
Tertulis pada kad jemputan tersebut, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-3 dan pasanganya, Mohamed Saiful Nizam bakal meengadakan majlis resepsi pada 8 Januari 2016 dan bertempat di Hotel The Majestic Kuala Lumpur.
Gambar: Instagram Marsha Milan
“Ya memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan itu. Saya mohon agar semua mendoakan supaya majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar,” katanya kepada pihak BH Online.
Majlis resepsi kedua-dua pasangan ini dikatakan adalah secara tertutup. Marsha memilih untuk menafikan dirinya pernah menghadiri kursus perkahwinan sebelum ini kerana tidak mahu menggembar-gemburkan perhubungannya bersama teman pilihannya itu.
EH! mendoakan agar segala persiapan menuju hari bahagia itu sentiasa berjalan dengan lancar dan selamat melayari alam perkahwinan buat Marsha dan pasangan.