Dua tahun selepas membunuh ibu sendiri, kehidupan Ryan Grantham berubah 180 darjah apabila dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Agung British Columbia di Vancouver, Kanada setelah Ryan mengaku bersalah menyebabkan kematian Barbara Waite pada 31 Mac 2020.
Bintang siri Riverdale itu pada awalnya didakwa dengan pembunuhan tahap satu namun didapati bersalah atas pembunuhan tahap kedua.
Dia dilaporkan menembak belakang kepala ibunya yang ketika itu sedang bermain piano di kediaman milik mereka sebelum merakam video sambil berkata, “Saya menembaknya di belakang kepala. Selepas beberapa ketika, pasti dia tahu saya yang melakukannya.”