Menurut pihak pendakwa raya, dia merancang untuk meragut nyawa Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan melakukan tembakan besar-besaran. Enggan mengecewakan Barbara dengan tindakannya, dia membuat keputusan membunuh ibunya yang merupakan pesakit kanser itu terlebih dahulu.
Sehari selepas melakukan pembunuhan, dia memasukkan tiga senjata, peluru, 12 bom tangan buatan dan peta ke dalam keretanya lalu menuju ke kediaman perdana menteri.
Pelakon berusia 24 tahun itu turut mempertimbangkan rancangan untuk melakukan tembakan rambang di universitinya, Simon Fraser Universiti.
Bagaimanapun selepas memandu kira-kira 200 kilometer, dua mengubah fikiran dan menuju ke balai polis Vancouver untuk menyerah diri.