Bintang Diary Of A Wimpy Kid itu disahkan mengalami masalah kesihatan mental yang serius dan telah menjalani beberapa program pemulihan sepanjang penahanannya.
“Pakar psikologi bersetuju bahawa ketika kejadian, dia mengalami kemurungan teruk dan gangguan akibat penyalahgunaan kanabis, termasuk beberapa faktor lain,” jelas peguamnya, Chris Johnson.
Sebelum menjatuhkan hukuman penjara, Hakim Mahkamah Agung British Columbia, Kathleen Ker mengulas kejadian itu sebagai tragis dan menyayat hati. Dia turut menyifatkan tindakan Ryan menyerah diri sebelum mengorbankan lebih banyak nyawa sebagai satu rahmat besar.
Hakim juga memutuskan dia tidak layak memohon pengampunan dalam tempoh 14 tahun pertama menjalani hukuman penjara.