Bunga mawar merah mekar di taman,
Hati berbunga menanti keindahan.
Hantaran tunang lambang harapan,
Menyulam cinta, menuju masa depan.
Mengangkat tema “Masa Depan”, setiap dulang hantaran yang dipersembahkan dilihat bukan sekadar indah dipandang, tetapi sarat dengan makna mendalam tentang perjalanan hidup yang bakal dilalui bersama.

Majlis pertunangan antara Bella Astillah dan Syed Saddiq bukan sahaja mencuri perhatian ramai dari segi melamar pertunangan di Gunung Kinabalu, kehadiran selebriti, malah turut menjadi bualan hangat menerusi pilihan hantaran tunang yang penuh simbolik.
Perincian hantaran tunang ‘Masa Depan’ dari Syed Saddiq kepada Bella Astillah:
1. Cincin tunang
Cincin ini menjadi titik fokus majlis dan mewakili ikatan emosional yang bakal membawa mereka ke jenjang perkahwinan.
2. Simpanan ASNB kepada Bella Astillah
Sebagai simbol kepedulian dan persiapan masa depan, Syed Saddiq menyerahkan simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk Bella. Hantaran ini menunjukkan perancangan kewangan yang matang, memberikan ketenangan dan kestabilan dari segi ekonomi

3. Simpanan Tabung Haji kepada Bella Astillah
Hantaran ini bukan sahaja bersifat material, tetapi juga rohani. Dengan menambahkan simpanan Tabung Haji untuk Bella, Syed Saddiq menunjukkan nilai agama, doa, dan harapan agar pasangan sentiasa diberkati.

4. SSPN kepada Ayden
Ayden Adrean, anak Bella Astillah, turut diberikan perhatian. Syed Saddiq menyerahkan Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi memastikan masa depan pendidikan anak terjamin.

5. SSPN kepada Ara
Begitu juga dengan Ara Adreanna, anak kedua Bella, Syed Saddiq turut menyediakan SSPN untuk pendidikan Ara. Hantaran ini mencerminkan bahawa beliau mendekati pertunangan dengan tanggungjawab penuh, mahu memastikan semua ahli keluarga merasa dihargai dan masa depan anak-anak terjamin, selari dengan tema “Masa Depan” yang diangkat dalam hantaran.
Baca: #BellaSyedYes Syed Saddiq & Bella Astillah Selamat Bertunang
