Minggu lalu, Caprice mencetuskan perdebatan di kalangan netizen apabila memberi teguran secara terbuka kepada Ustaz Ebit Lew.
Jelasnya, dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah bebas itu menghulurkan bantuan dan liputan media mengenai sumbangan yang diberikan kepada penduduk miskin.
Tidak lama kemudian muncul pula pendedahan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri di Gaza yang turut mempersoalkan cara kerja Ebit Lew dan pasukannya sehingga memaksa pendakwah itu tampil membuat penjelasan menerusi satu siaran langsung di media sosial.