Matthew McConaughey dan Woody Harrelson pernah berlakon sebagai rakan kongsi jenayah dalam drama terkenal, True Detective. Namun mereka mungkin mempunyai pertalian darah dalam kehidupan realiti.
Matthew McConaughey bercakap mengenainya ketika menjayakan podcast Let’s Talk Off Camera bersama Kelly Ripa beberapa hari lalu. Dalam sesi itu, dia berkongsi tentang kehidupan, kerjaya, dan pengalamannya berada dalam pesawat hampir terhempas bulan lalu. Kedua-dua pelakon itu akan muncul dalam siri Apple TV+ berjudul Brother From Another Mother tidak lama lagi. Bagaimanapun menurut aktor berusia 54 tahun itu, perkara ini mungkin satu kenyataan yang perlu ditelan.
“Anda tahu, di mana saya bermula dan di mana dia (Woody Harrelson) berakhir, dan di mana dia bermula dan di mana saya berakhir, sentiasa wujud seperti satu garisan pudar. Dan itu sebahagian daripada bromance kami, betul tak?”
Bintang Dallas Buyers Club itu menambah, malah ahli keluarga mereka sendiri tersilap meneka dalam foto lama. “Anak-anak saya memanggilnya Uncle Woody. Anak-anak dia memanggil saya Uncle Matthew. Dan apabila melihat koleksi gambar lama, keluarga saya menyangka dia adalah saya. Keluarganya juga menyangka foto-foto saya adalah foto Woody Harrelson.”