Bapa Matthew McConaughey dan Woody Harrelson Adalah Orang Yang Sama?
Apa yang mengejutkan, ibunya Mary Kathlene McCabe memberitahu semua keluarga mereka bahawa dia ‘mengenali’ bapa Woody Harrelson sejak bertahun-tahun lalu.
“Ketika berada di Greece beberapa tahun lalu, kami bercakap tentang betapa rapatnya hubungan kami dan keluarga kami. Ibu saya juga berada di sana dan dia berkata, ‘Woody, saya kenal bapa kamu’. Semua orang memahami petunjuk yang ibu saya berikan dengan perkataan ‘kenal’. Ia mempunyai makna tersirat.”
Dia menambah, “Kami terus membongkar maksud ‘kenal’ dan melakukan beberapa penyiasatan. Kami dapati bapa Woody sedang bercuti daripada tugasan ketika ibu bapa saya melalui perceraian kedua. Kemudian mungkin terdapat lokasi di West Texas di mana mereka bertemu dan ‘berkenalan’.”
Bagaimanapun bapa kepada tiga cahaya mata itu enggan menjalani ujian DNA kerana ia akan mengubah realiti kehidupannya secara drastik. “Kami berada di cenuram sekarang ini. Memang mudah untuk Woody meminta kami berdua menjalani ujian DNA kerana dia tidak akan rugi apa-apa. Tetapi bagi saya ia agak sukar. Ini kerana saya mungkin diberitahu bahawa bapa yang saya kenali sejak 53 tahun lalu bukanlah bapa kandung saya. Jadi ia risiko besar buat saya.”