Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah mengadakan majlis bersiram semalam di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur bersama ahli keluarganya.
Menerusi akaun Instagram pasangan itu, dilihat masing-masing sempat berkongsi beberapa gambar majlis tersebut berserta #MawaRafBersiram.
https://www.instagram.com/p/BbPqRMBBML5/?hl=en&taken-by=mawarashid
Kedua-duanya dilihat duduk bersama di atas pelamin yang dihiasi bunga-bunga berona putih serta mereka juga memakai persalinan serbu putih.
https://www.instagram.com/p/BbPqVDchfT7/?hl=en&taken-by=mawarashid
Turut sama dalam majlis tersebut adalah anak kepada Raf iaitu Rayyan dan Chanela. Mereka dilihat cukup serasi bersama Mawar yang bakal bergelar ibu mereka.
Mawar dan Raf dijadualkan untuk majlis ijab kabul pada hari ini yang kini sedang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Sebentar tadi, menerusi akaun Instagram Mawar, yang mana antara selebriti untuk EH! TOP 20 X ELLE kali ini, sudah pun melangsungkan majlis berinai kedua mempelai.
EH! mengucapkan tahniah buat Mawar dan Raf. Semoga selamat melayari bahtera perkahwinan. Kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis bersiram dan berinai Mawar Rashid dan Raf Yaakob.