Nama Bidadari sedang hangat dalam dunia modelling. Kejayaannya mula melonjak selepas tampil penuh yakin di pentas KLFW dan kini, dia menjadi wajah paling diperhitungkan di bawah The Models Lab KL, membuka jalan untuk kolaborasi eksklusif dan kempen fesyen berprofil tinggi tanah air.
EH! bulan ini menampilkan barisan model generasi baharu, dan Bidadari adalah salah seorang daripada enam wajah terpilih. Namanya mula mencuri perhatian ramai ketika beraksi di runway KLFW buat kali pertama pada tahun 2023 dan selepas itu, wajah cantik ini kerap muncul dalam pelbagai kempen dan editorial majalah membuktikan kehadirannya yang semakin kukuh dalam dunia modelling.
Ini bukan kali pertama EH! bekerjasama bersama Bidadari. Sebelumnya, dia pernah muncul dalam Beauty Council tahun lalu bersama barisan model lain dan kali pertama pada tahun 2022 sebagai kanvas kepada make up artist Elmanda Zuhairy. Kehadirannya sekali lagi sebagai muka depan bulan ini membuktikan mengapa Bidadari terus menjadi pilihan utama kami.
Hari ini, Bidadari bukan sahaja menjadi nama yang kukuh dalam dunia peragaan, tetapi wajahnya juga menjadikannya simbol gaya, keyakinan, dan inspirasi bagi generasi baharu.

Bagi mereka yang bertemu kamu buat pertama kali melalui muka depan ini — siapakah kamu?
Nama saya Bidadari dan saya seorang model.
Apakah satu perkara yang sering disalahfahami orang tentang dunia modelling?
Saya rasa perkara yang paling ramai salah faham adalah modeling nampak macam mudah, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi agak mencabar, terutama sekali apabila berdepan dengan rejections.
Bilakah saat kamu sedar bahawa dunia peragaan boleh menjadi lebih daripada sekadar impian?
I think when i got signed. Terasa bagaikan mimpi kerana Models Lab adalah agensi impian saya sejak dulu lagi dan saya tidak pernah terbayang satu hari nanti yang saya akan menjadi sebahagian daripadanya. Hingga sekarang pun, rasa teruja itu masih belum hilang.
Bagaimana dunia fesyen membantu kamu menemui diri sendiri?
Dunia fesyen benar-benar membuatkan saya rasa lebih yakin. Jika dulu saya seorang yang agak tertutup, tetapi fesyen membantu saya keluar daripada kepompong tersebut dan menjadikan saya lebih terbuka dan yakin dengan diri sendiri.
Dimanakah kamu merasa lebih powerful — hadapan lensa kamera atau ketika menikmati masa off-duty?
Sebenarnya, kedua-duanya. Waktu off duty, saya boleh menjadi diri sendiri, tetapi di hadapan kamera, ia bagaikan saya sedang memainkan satu watak. Memang seronok!
Bagaimana kamu menyuntik personaliti kamu ke dalam setiap pose dan langkah di runway?
Saya rasa saya jadikan ia lebih funky dan full of energy.

Apabila tidak bekerja, apa yang dilakukkan?
Mungkin hanya keluar bersama jiran saya, pergi hiking or just go for a cafe hunting!
Bagaimana kamu mengekalkan keyakinan apabila rasa kurang baik?
Well, I fake it. I have to. I’m sorry.
Apa makna sebenar kecantikan bagi kamu?
Bagi saya, orang yang memiliki pendirian tetap, sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak membiarkan persekitaran mengubah mereka. That’s really beautiful to me.
Bagaimana kamu menyeimbangkan tekanan media sosial dengan keaslian diri?
Saya tidaklah seseorang yang begitu aktif di sosial media. Tetapi kalau soal menyeimbangkan tekanan media sosial dengan keaslian diri, sebenarnya saya dulu jarang tunjuk diri sebenar di media sosial. Waktu itu, saya rasa agak malu untuk jadi bubbly atau terlalu peramah. Tetapi sekarang, saya rasa tidak perlu malu dan saya tidak rasa segan untuk menjadi diri saya yang sebenar sekarang ini.
Apakah mesej yang kamu mahu kerjaya modelling kamu sampaikan?
Mungkin saya mahu memberitahu orang bahawa kita tetap boleh menjadi diri sendiri tidak kira apa pun, walau sekeras mana pun persekitarannya.
Bilakah saat pertama kali kamu merasa momen “I made it” ?
Saya rasa setiap langkah dalam perjalanan ini adalah momen “I made it”. Tetapi mungkin yang paling bermakna adalah saat saya ditandatangani oleh Model labs
Adakah kamu ditemui, atau anda sendiri membina jalan dalam industri ini?
Definitely discovered.
Membesar dengan media sosial, bagaimana ia membentuk personaliti?
Media sosial membuatkan saya sedar bahawa saya tidak seharusnya menjadi orang lain.
Adakah media sosial kini sebahagian daripada kerja, atau adakah kamu menetapkan batas?
I definitely draw a line. Bagi saya, muting contents that you don’t want to see or could be harmful to your mental health is important. Dalam masa yang sama, jagalah kesihatan mental diri sendiri.
Bagaimana kamu menggunakan platform yang sedia, dan bagaimana kamu melindungi ketenangan diri?
Well, i just mute people i don’t want to see.
Apa yang memberi inspirasi kepada gaya kamu — di hadapan atau di belakang kamera?
Oh, mungkin idola saya, Kiko Mizuhara! I love her style. She’s really cute.
Apakah sesuatu yang masih kamu pelajari dalam modelling atau dalam kehidupan?
Saya sentiasa belajar. In modelling or real life, saya masih belajar untuk yakin secara fizikal. but it’s getting there!
Bagaimana kamu kekal grounded apabila segala-galanya bergerak pantas dan menjadi tumpuan?
Saya akan menonton rancangan di Netflix. Memang saya layan semua genre. saya boleh dikatakan suka tengok setiap rancangan yang ada.
Apakah makna berada di muka depan EH! ini bagi kamu?
Memang terasa luar biasa, seolah-olah saya sendiri tidak percaya yang saya dapat berada di sini. Tetapi saya sangat-sangat bersyukur kepada EH!. Terima kasih banyak.
Pengarah Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Arahan Seni &Cover Deisgn: Ayoi Fotografi: Edmund Videografi: Zakwan, Pembantu Penataan Gaya: Erdina, Penerbit Kandungan Digital: Farah Ain, Eqa & Erdina, Solekan: Noriana, Dandanan: VV Chan menggunakan OSIS
Artikel Berkaitan: Chit-Chat Cantik: Lil Bidadari