Pasangan drama ‘Melur Untuk Firdaus’, Meerqeen dan Anna Jobling disambut peminat Indonesia ketika mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta Ahad lalu.
Menerusi media sosial Instagram Anna Jobling dan Meerqeen, mereka dikerumun peminat sebaik tiba di lapangan terbang pada hari Ahad yang lalu. Mereka meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka peminat mereka dari negara luar itu menyambut mereka seperti bintang ternama.
Meerqeen, 21 dan Anna Jobling, 22 hadir ke Jakarta atas urusan kerja selama empat hari untuk temubual media, sesi bertemu peminat dan beberapa program televisyen di saluran Trans TV dan Trans 7.