Menurut peminat kedua pelakon itu, mereka telah ‘berkampung’ di lapangan terbang seawal subuh dan menurut salah seorang dari kelab peminat Anna, mereka hanya mengetahui tarikh kedatangan Meerqeen dan Anna tanpa mengetahui masa sebenar ketibaan mereka.
Anna juga menerima pelbagai hadiah dari peminat sempena hari jadinya pada hari yang sama mereka tiba di sana. “Memang saya menerima banyak mesej di Instagram di mana mereka mahu bertemu di lapangan terbang, namun saya tidak menyangka mereka hadir dengan sepanduk dan juga hadiah hari jadi.” “Saya terharu dengan sambutan yang diberikan. Terima kasih untuk semua kasih sayang ini,” ujar Anna.