Kali terakhir EH! menampilkan selebriti lelaki secara solo sebagai penghias cover adalah pada Julai 2006, ketika itu Mawi muncul sebagai pilihan. Tatkala itu dialah yang paling popular sebaik menyertai pertandingan nyanyian realiti Akademi Fantasia musim ketiga.
Kini selepas 16 tahun berlalu, rasanya molek benar jika kami segarkan kembali cover EH! dengan kemunculan selebriti lelaki secara sendiri, dan rasanya Meerqeen antara yang tepat mendefinisi erti kesegaran yang kami cari.
Meerqeen bermula sebagai peserta akhir pencarian Hero Remaja. Sejak dari situ langkahnya dalam dunia seni terus rancak, antaranya membintangi siri ‘Angkara’ yang menyaksikan gandingannya bersama aktor, Hun Haqeem. Tidak sekadar mahu berlakon, Meerqeen juga mahu mencabar kemampuannya sebagai penyanyi. ‘Ku Menunggu’ menjadi single debut yang memperkenalkan suara Meerqeen di gelanggang nyanyian.
Penglibatan awalnya ini dilihat menjadi melihatkan sambutan dan sokongan yang diterima. Namanya sudah beberapa kali ‘sangkut’ dalam senarai lima teratas di dalam beberapa anugerah untuk kategori artis baharu termasuklah di Anugerah Bintang Popular. Walaupun tidak Berjaya menggondol sebarang anugerah (setakat ini), namun itu sudah cukup menjadi lampu hijau untuk dirinya terus rancak melebarkan sayapnya di dalam gelanggang seni.
EH! mengaju 55 soalan spontan bersama jejaka yang bakal menginjak usia 21 tahun ini.