Dalam skala 1 hingga 10, sejauh mana terujanya Meerqeen dengan kehidupan hari ini?
Sepuluh! Kerana peluang yang saya ada hari ini tidak semua orang dapat. Saya bersyukur, dan saya rasa semuanya lebih dari cukup.
Huraikan diri Meerqeen dalam tanda pagar (hashtag)
#Chill #Happy Saya seronok dengan kehidupan saya.
Jika diberi peluang lakukan adegan cinta (dalam filem atau drama) dengan sesiapa sahaja, siapa yang menjadi pilihan?
Anna Jobling. Saya rasa saya dan dia ada chemistry, rasa ikhlas dan teamwork yang bagus. Jika antarabangsa saya pilih Megan Fox.
Apakah satu hal tentang Meerqeen yang orang tidak tahu?
Saya suka memberi (bersedekah). Itu satu hal yang ibu saya didik sejak kecil. Saya percaya bersedekah itu juga punca rezeki.
Kongsikan rejim penjagaan diri Meerqeen
Saya sangat ringkas dan bersahaja dalam penjagaan diri. Cuma jika ada acara yang besar baru saya lebih teliti dan lakukan penjagaan yang ekstra.
Rutin sebelum tidur?
Berus gigi, minum air dan melayan media social, Instagram juga TikTok.