Apa yang memberi inspirasi kepada hidup kamu hari ini?
Kedua ibu bapa saya, itu yang mendorong saya untuk bekerja lebih keras lagi.
Nasihat terbaik pernah Meerqeen terima?
“If Opportunity doesn’t Knock, Build a Door,” Milton Berle. Saya dengan quote ini di YouTube. Sebaris ayat yang menggerakkan saya untuk berubah. Ia mengubah minda saya. Dulu saya seorang yang agak malas.
Nasihat untuk diri sendiri sewaktu muda.
Don’t f**k up! Jangan rosakkan diri, perlu rajin.
Buku yang semua orang patut baca?
Saya tak pasti. Saya sendiri tidak banyak membaca buku.
Jika sudah tiada satu hari nanti, apa yang Meerqeen mahu orang ingat tentang diri Meerqeen?
Mesej yang saya sampaikan menerusi lakonan. Setiap cerita aka nada mesej yang mahu disampaikan.
Bahagian tubuh sendiri yang Meerqeen suka?
Kening saya. Saya selalu concern dengan rupa kening saya.
Bagaimana Meerqeen merehatkan diri?
Mendengar lagu, biasanya ritma R&B, dan termenung.
Jika hidup kamu sebuah lagu, apakah judulnya?
Roadrunner.
Jika Meerqeen boleh bermain satu alat muzik dengan hebat, apakah ia?
Gitar.
Senaman kesukaan? Berapa kerap melakukannya?
Kardio. Dua kali sehari.
Skil atau kebolehan yang ingin dikuasai?
Saya mahu hebat memasak.
Pujian terbaik yang sering diberikan kepada kamu?
“I like your smile” dan “I love your acting”.
Haruman kesukaan Meerqeen?
Paling saya suka CK One.
Jika Meerqeen boleh menerbitkan satu dokumentari, apakah subjek dokumentari tersebut?
Kehidupan saya sendiri. My journey!
Bagaimana Meerqeen tahu Meerqeen dilamun cinta?
Bila saya sudah bertemu dengan keluarga pasangan.
Lagu yang boleh didengar berulang kali?
Airplane Thoughts.
Jika boleh menukar kehidupan dengan orang lain untuk satu hari, siapakah orangnya?
Cristiano Ronaldo.
Apakah hal yang mudah membuat kamu marah?
Makan berbunyi… hahaha!
Apa yang membuatkan Meerqeen stres?
Anna Jobling… hahaha! Just kidding! Jika kerja saya tak siap!
Bagaimana mengurus tekanan?
Makan… hahaha!