Apa yang membuatkan kamu tersenyum?
Melihat peminat menyunting video-video saya.
Jika boleh mengajar satu subjek di sekolah, apakah subjek pilihan?
Semestinya sukan.
Apakah pelajaran hidup yang semua orang perlu faham?
Jika kita gagal sekali tidak bermaksud kita akan terus gagal selama-lamanya.
Apakah satu benda yang ingin Meerqeen cuba tetapi belum punya keberanian untuk mencubanya?
Free diving.
Apakah tabiat yang sukar Meerqeen tinggalkan?
‘Bermain’ telefon sepanjang masa.
Siapakah orang pertama yang Meerqeen teks hari ini?
Kumpulan Whatsapp ‘Melur Untuk Firdaus’.
Apakah filem terakhir yang ditonton membuatkan Meerqeen menangis?
Interstellar.
Sebaik mana Meerqeen menerima kritikan?
Hanya baca, diam dan padam atau buang! Hahaha.
Bagaimana menjaga kesihatan mental?
Duduk dengan orang punya vibes yang bagus dan juga yang punya corak pemikiran yang baik.
Sasaran Meerqen sebagai seorang pelakon?
Untuk menjadi seorang actor terbaik dan mampu mempengaruhi orang lain.
Sasaran sebagai manusia pula?
Mahu menjadi versi diri sendiri yang lebih baik dan mencapai semua sasaran saya dalam hidup.
Harapan untuk tahun 2022.
Berani, kuat dan bersemangat!