Dia menambah, “Setahun setengah kemudian, selepas menempuh pelbagai rintangan yang mendatang bersama-sama, dan melalui kebahagiaan jauh lebih banyak daripada apa yang saya bayangkan, dia menghulurkan lamaran kepada saya.”
Pasangan itu dilihat mengekalkan persona unik dengan melakukan ritual pelik sempena meraikan pertunangan mereka.
“Sama seperti dalam setiap kehidupan sebelum ini dan setiap kehidupan yang akan datang, saya katakan ‘ya’… Kemudian kami minum darah masing-masing,” tulisnya.