Kelly atau nama sebenarnya Colson Baker turut berkongsi berita gembira itu di media sosial berserta foto cincin lamaran yang direkanya bersama pereka barang kemas.
“Ya, dalam kehidupan ini dan setiap kehidupan. Di bawah dahan-dahan pokok yang sama kami jatuh cinta, saya bawa dia kembali untuk melamarnya.
“Saya tahu tradisi memerlukan hanya satu cincin, tetapi saya bersama pereka Stephen Webster membuat rekaan dua cincin: Batu zamrud (batu kelahiran Megan) dan batu berlian (batu kelahiran saya) ditatah pada dua cincin bermagnet yang menyatukan dua jiwa terpisah menjadi satu hati iaitu cinta kami,” tulisnya.