Tuduhan tersebut yang dibuat pada Oktober 2018 oleh bekas setiausaha komunikasi pasangan itu, Jason Knauf mendedahkan Meghan mengusir keluar dua pembantu peribadi dan memperlekehkan keyakinan diri seorang lagi pembantu.
Knauf dilaporkan terpaksa membuat aduan demi melindungi kakitangan istana yang dibuli oleh Meghan. Seorang lagi pembantu dikatakan memberitahu rakannya bahawa tubuhnya menggigil kala dia dipanggil untuk bersemuka dengan bekas pelakon itu.
Penularan semula tuduhan lama ini membuatkan peminat tertanya-tanya apakah relevan di sebaliknya. Malah pasangan ini juga mengesyaki terdapat sesuatu yang mencurigakan, memandangkan ia muncul hanya empat hari sebelum Oprah With Meghan and Harry: A CBS Primetime Special ditayangkan.
Rancangan temu bual eksklusif ini akan disiarkan pada 8 Mac ini pada jam 9 pagi waktu Malaysia. Anda boleh menonton previu di bawah ini.
Foto: AAP Image/Julian Smith