Meghan Markle dan Putera Harry berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak kedua mereka semalam menerusi satu muat naik gambar yang dirakamkan khas.
The Duke and Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle mengumumkan berita kehamilan ini menerusi satu muat naik gambar hitam putih yang diambil dari jarak jauh menerusi iPad oleh teman baik mereka yang juga seorang jurugambar, Misan Harriman. Menerusi gambar itu dapat dilihat Meghan berbaring di atas riba Harry sambil meletakkan tangannya di atas perut hingga menampakkan bentuk perutnya. Kedua-duanya tampak begitu gembira. Meghan dan Prince Harry sebelum ini sudah memiliki anak sulung, Archie Harrison yang bakal menginjak usia dua tahun pada Mei akan datang.
Menurut perkongsian berita di laman sesawang PEOPLE, wakil jurucakap Prince Harry berkata, “Kami ingin maklumkan bahawa Archie akan menjadi seorang abang. The Duke and Duchess of Sussex sangat gembira dengan berita kehamilan ini.
Pada Julai tahun lalu Meghan Markle mengalami keguguran. “Kehilangan anak yang dikandung adalah satu pengalaman pahit yang mungkin dialami ramai orang, namun tak semua mampu meluahkan kesedihan itu,” kongsinya sewaktu berkongsi berita kegugurannya tahun lalu menerusi satu esei di halaman New York Times, November tahun lalu.
Meghan dan Harry sebelum ini mengejutkan seluruh dunia apabila mengambil keputusan untuk ‘turun takhta’ dan menjalani kehidupan seperti orang biasa. Pasangan di-raja ini kini menetap di California. Putera Harry dan Meghan Markle mendirikan rumahtangga pada 19 Mei 2018 dalam satu majlis gilang gemilang.