Jelasnya kepada hos iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar, dia terpaksa menahan nafsu ketika menjayakan babak itu yang akhirnya dipotong atas permintaan keluarga Farah sendiri.
Pengakuan itu mengejutkan ramai pihak. Ia bukan sahaja mengundang kemarahan netizen tetapi juga beberapa selebriti termasuk Joe Flizzow yang melihat isu ini sebagai sesuatu yang serius.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, pelantun lagu Apa Khabar ini meluahkan kekecewaannya terhadap anak seni yang terlibat.