Joe bukan satu-satunya selebriti yang menyelar isu ini. Ia turut menarik perhatian bintang Pekak, Sharifah Amani untuk bersuara.
“Kerja anda sebagai pelakon adalah untuk menjayakan watak secara selamat, berkesan dan beretika. Ini bukan main-main suka hati nak layan nafsu, ia kerja dan amanah.
“Kerjaya saya tidak membenarkan kelakuan sebegini. Kalau itu niat sebenar, minta dijauhkan daripada kerja seni,” luahnya.
Shahrol Shiro pula berpendapat sebaliknya. Jelasnya, tanggungjawab itu sepatutnya diletakkan di atas bahu pihak produksi, bukannya tetamu undangan yang sekadar menjawab soalan yang ditanya oleh hos rancangan.
Foto: Instagram