Pada 1999, Mena Suvari menjadi sensasi Hollywood menerusi filem lakonannya yang memenangi anugerah Oscar, American Beauty.
Namun di sebalik kejayaan yang dikecapi, tersimpan satu kebenaran yang pahit. “Saya menjalani kehidupan yang penuh kepura-puraan,” kata Suvari.
“Setiap kali saya ke set penggambaran atau diwawancara, saya ‘berlakon’ sepanjang masa. Ia ibarat satu lagi peranan yang saya lakonkan untuk menunjukkan bahawa diri saya okey,” tambahnya.
Jelasnya, tindakan itu bertujuan untuk menyembunyikan trauma yang dihadapinya selama bertahun-tahun. Dedahnya dalam buku biografi terbaru berjudul The Great Peace: A Memoir, dia menjadi mangsa penderaan seksual sejak berusia 12 hingga 20 tahun.