Segalanya bermula apabila dia diperkosa oleh rakan abangnya, KJ pada usia 13 tahun di sebuah kamar di kediaman keluarga lelaki itu.
“Sebahagian daripada diri saya mati pada hari itu. Dia menggunakan saya untuk berseronok, membuang saya dari hidupnya dan menggelar saya perempuan jalang. Saya hilang pilihan untuk mengekspresikan seks secara sihat,” jelasnya.
Dia menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan perkara itu terjadi, dan perasaan malu dan bersalah itulah yang menghancurkan nilai dirinya.