Selepas berpindah ke Hollywood untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan pada usia 15 tahun, dia sekali lagi terjebak dalam masalah yang sama apabila pengurus yang dianggapnya sebagai pelindung mahukan hubungan ranjang daripadanya.
“Keluarga saya berpecah belah ketika itu, jadi saya rasakan seperti tiada pilihan kerana hidup saya sudah tiada nilainya,” katanya.
Suvari kemudian cuba menghilangkan kesakitan yang dialami dengan berkunjung ke kelab malam dan mengambil dadah.
Sebelum usianya mencecah 17, dia bertemu Tyler yang menderanya secara emosi dan seksual selama tiga tahun perhubungan mereka. “Daripada KJ kepada Tyler, ia adalah proses yang memusnahkan hidup saya,” katanya.