Menurut beberapa sumber, gelaran Oscar ini telah diberikan oleh tiga individu iaitu pustakawati pertama Akademi, Margaret Herrick; wartawan, Sidney Skolsky; dan pelakon, Bette Davis. Selepas melihat trofi yang direka oleh Cedric Gibbons, Margaret Herrick telah mengatakan ia kelihatan seperti bapa saudaranya, Uncle Oscar. Kemudian, dia telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Akademi sehingga 1971, dan Perpustakaan Oscar dinamakan sebagai Margaret Herrick Library.
Wartawan, Sidney Sklosky pula merasakan dia yang pertama menggelarkan Anugerah Akademi sebagai Oscar. Ia mengambil nama pemilik teater Broadway, Oscar Hammerstein Sr. yang sering menjadi bahan jenaka dengan ayat “Will you have a cigar, Oscar?” yang telah ditulis oleh Sidney dalam kolum beritanya. Malah, TIME Magazine turut mengiktiraf dengan sumber ini.
Manakala, pemenang dua trofi Anugerah Akademi sendiri pelakon, Bette Davis juga mendakwa dia yang pertama menggunakan gelaran Oscar. Selepas memenangi anugerah untuk filem “Dangerous” pada 1936, dia menyatakan trofi “tanpa pakaian” itu mengingatkan kepada suaminya, Harmon Oscar Nelson Jr selepas dia keluar dari kamar mandi.
Filem apakah yang akan mengungguli majlis tahun ini? Anugerah Akademi ke-94 boleh ditonton secara langsung melalui Astro pada jam 8 pagi. Acara karpet merah pula akan bermula pada 6:30 pagi secara eksklusif di saluran Showcase Movies (413) atau Astro GO.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: Alami Tarikan Baharu Di Club Med Phuket