Sewaktu mengalu-alukan kedatangan hadirin ke pertunjukannya, penyanyi rap yang kini bergelar pereka fesyen itu memberi ucapan sekali gus mempertahankan tindakannya.
“Saya adalah Ye, dan semua orang di sini tahu bahawa saya adalah pemimpin. Anda tidak boleh mengatasi saya,” ujarnya.
Pada masa sama, Jaden meninggalkan acara tersebut sebelum memberi respons terhadap kenyataan Kanye di Twitter: “Pemimpin sejati kerjanya memimpin.”
Anak sulung kepada pasangan Will Smith dan Jada Pinkett Smith itu dilihat terus memberi penjelasan mengenai keputusannya meninggalkan YZY SZN9 dengan menulis, “Saya perlu ‘angkat kaki’, Lol”.