Jaden merupakan seorang aktivis hak sivil dan aktif menyertai perarakan dalam gerakan memperjuangkan Black Lives Matter pada tahun 2020. Ciapan yang dipin pada Twitternya adalah “Keadilan Buat Breonna Taylor” berserta fotonya bersama ibu dan adiknya, Willow Smith sewaktu menyertai perarakan.
Jaden mengakhiri siri ciapan protesnya dengan menulis mesej yang jelas bercanggah dengan kenyataan Kanye: “Black Lives Matter”.
Ini bukanlah kali pertama Kanye mencetuskan kontroversi berhubung isi komuniti kulit hitam. Pada 2018, dia mengundang kemarahan orang ramai apabila menyatakan “penghambaan (selama 400 tahun) adalah satu pilihan, bukan paksaan”.
Baca: The Weeknd Beri Penghormatan Istimewa Kepada Kanye West