Dunia menerima kejutan apabila Istana Buckingham mengumumkan kemangkatan Putera Philip Jumaat lalu pada usia 99 tahun.
Apabila berita tersebut tersebar, satu perkara yang bermain di fikiran rakyat jelata adalah: Adakah Putera Harry dan Meghan Markle akan pulang untuk menghadiri upacara pengebumian Putera Philip?
Istana Buckingham mengesahkan Sabtu lalu bahawa Harry akan pulang ke United Kingdom minggu hadapan namun tanpa kehadiran Meghan di sisi.
“Duke of Sussex berhasrat untuk menghadiri upacara pengebumian, namun Duchess of Sussex dinasihatkan untuk tidak melakukan perjalanan jarak jauh oleh pakar kesihatan kerana sedang hamil. Justeru Duke akan berangkat pulang seorang diri.”