Wartawan Diraja, Omid Scobie turut mengesahkan berita tersebut menerusi satu ciapan di Twitter tentang bagaimana Duke of Sussex akan melakukan perjalanan ke United Kingdom.
“Putera Harry akan menghadiri upacara pengebumian pada hari Sabtu dengan mengikuti semua protokol Covid-19 yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.”
Satu sumber memberitahu Scobie, Meghan yang dijangka akan melahirkan anak kedua pada musim panas akan datang telah berusaha sedaya upaya agar diberi ‘lampu hijau’ untuk melakukan perjalanan jarak jauh namun tidak mendapat kebenaran daripada doktor yang merawatnya.
Alasan utamanya adalah kerana UK masih menjalani sekatan perjalanan yang ketat disebabkan pandemik Covid-19, juga kerana pasangan tersebut tinggal di Montecito, lebih 10 jam penerbangan dari El Lay ke London. Justeru tidak hairanlah jika pelakon Suits itu mengambil keputusan untuk tidak mengikuti Harry kerana faktor kehamilannya.