3. Liliane ‘Leelee’ Sobieski
Pelakon yang pernah tercalon dalam anugerah Emmy ini pernah menjadi rebutan pengarah suatu ketika dahulu. Kerjayanya melonjak pada tahun 90-an selepas berlakon dalam filem seperti Deep Impact, Here on Earth, The Glass House dan Joan of Arc.
Pada 2016, Leelee mengumumkan persaraan dari dunia Hollywood untuk memberi fokus pada keluarga dan projek seninya. Filem terakhir yang dibintanginya adalah Branded pada 2012.