Lebih sedekad memperjuangkan hak kebebasan sendiri, Britney Spears akhirnya terlepas daripada cengkaman bapanya, Jamie Spears September lalu.
Bertahun-tahun Britney mendedahkan dirinya didera dan dikongkong, malah hartanya juga disalah guna oleh bapanya demi kepentingan peribadi.
Dan kini selepas meraih kebebasan sepenuhnya, pelantun lagu Womanizer itu mendedahkan dalang di sebalik konservatori yang dilaluinya – dan individu tersebut bukanlah bapanya!