Selasa lalu penyanyi ini membongkar satu rahsia menerusi hantaran di Instagram buat tatapan 35.8 juta pengikutnya sebelum memadamnya tidak lama kemudian.
“Binatang paling berbahaya di dunia ini adalah seorang wanita pendiam yang sentiasa tersenyum,” tertera ayat pada foto yang dikongsi.
Dia mengulas panjang lebar di ruangan kapsyen sekali gus mendedahkan siapakah wanita yang sanggup menikamnya dari belakang.