“Saat saya tersenyum dan menyedari saya telah lama tidak tersenyum! Ibu saya kelihatan sangat ‘bimbang’ dan berkata, ‘Kamu berkelakuan pelik! Apa tidak kena dengan kamu?’. Saya hanya menjawab, ‘Hai, nama saya Britney Spears. Gembira dapat bertemu anda akhirnya!’.
“Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, saya ingin memohon maaf. Tiga belas tahun telah berlalu jadi saya agak ‘berkarat’. Ia merupakan perniagaan keluarga sebelum ini, namun kini tidak lagi!
“Saya dilahirkan hari ini kerana saya dapat tersenyum kembali. Jadi terima kasih kerana keluar dari hidup saya dan akhirnya membenarkan saya menikmati kehidupan sendiri.
“Adakah saya tahu betapa kejamnya ayat saya ini? Ya, saya tahu 100 bilion peratus!” tulisnya meluahkan apa yang tersemat di dalam dada selama ini.