Pemergian mengejut Jason mengundang duka di hati Tammie, seperti yang dikongsikannya di Instagram.
“Kehilangan teman sejiwa saya. Jason, saya tidak boleh teruskan hidup tanpa awak! Awaklah dunia saya! Ya, perkahwinan kita dilanda ujian, sama seperti pasangan suami isteri lain. Tetapi beberapa bulan lalu kita telah berjanji untuk mempertahankan perkahwinan ini.
“Perbualan dari hati ke hati, perasaan terluka, permohonan maaf daripada kedua-dua pihak. Hati saya amat terluka, diri saya hancur sepenuhnya. Saya kehilangan satu-satunya cinta sejati. Saya akan menjadi ‘Firecracker’ awak buat selamanya…sehingga kita dipertemukan kembali,” luahnya.
Sepanjang 19 tahun perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Jenna Frank. Jason mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Hunter, Jacob dan Skye hasil perkongsian hidupnya dengan Shawna Frank dari 1994 hingga 2001.
Baca: Penyanyi Rap, J $tash Tembak Mati Teman Wanita Sebelum Membunuh Diri