Viu Original Malaysia mempersembahkan siri drama percintaan fantasi terbaharu, Seribu Nina yang menampilkan Syafiq Kyle dan Adriana Adnan bermula pada 19 Mei 2022.
Perkhidmatan penstrimaan video OTT pan-serantau, Viu melancarkan siri drama Viu Original Malaysia terbaharu berjudul “Seribu Nina”. Siri drama percintaan fantasi terbaharu ini menampilkan pelakon popular, Syafiq Kyle bersama Adriana Adnan yang akan mula ditayangkan pada 19 Mei 2022. Turut dibintangi oleh naib juara Anugerah Juara Lagu 2022, Marsha Milan.
“Seribu Nina” yang diarahkan oleh Umi Salwanan Omar ini akan menampilkan barisan pelakon hebat yang akan diterajui oleh Syafiq Kyle, Adriana Adnan dan juga Marsha Milan. Siri ini mempunyai 10 episod keseluruhan, dan tayangan sebanyak dua episod setiap minggu, membolehkan penonton mengembara merentasi seribu dimensi.
Ia mengisahkan tentang satu pasangan yang berbeza personaliti. Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina pula merupakan teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe yang spontan. Ketika Amar dalam dilema selepas dilamar oleh Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan identity dirinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asal. Pada masa yang sama, Nina dan Amar juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain.
Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain. Drama ini menggambarkan perjalanan epik penemuan diri dan hubungan di alam yang penuh dengan kemungkinan, di samping belajar untuk menerima takdir, mengambil risiko dan menerima kelemahan masing-masing
Peminat boleh menonton siri ini menggunakan aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play dan di TV pintar terpilih, serta di laman web di www.viu.com
Foto: Viu Malaysia
Baca lebih lanjut: Art In Motion: Kolaborasi Asics Sportstyle Bersama Artis Seni Asia Tenggara