Beberapa hari lalu berlangsungnya satu acara lelong yang menyaksikan lebih 800 barangan peribadi Amy termasuk gaun, kasut dan barang kemas yang digayakannya ketika membuat persembahan, menghadiri rakaman foto serta acara hiburan dijual pada harga RM17 juta secara keseluruhan.
Salah satu barangan yang menyumbang nilai tertinggi dalam acara tersebut adalah gaun mini tanpa lengan rona hijau dengan motif buluh yang direka oleh penata gayanya, Naomi Parry.
Amy menyarung busana tersebut kala membuat persembahan terakhirnya di Summer Festival Summer 2011 yang berlangsung di Belgrade, Serbia kira-kira sebulan sebelum kematiannya akibat keracunan alkohol pada usia 28 tahun.